Ep. Tiga : Bahasa [Koleksi : Penjelajah] Vol. 1

Petikan dari buku "Berkenaan Aturan Pemikiran Seni Tanpa Nisbi melalui Cara Pengasingan Mutlak, atau Persembahan Niskala dari Rumpun Terpilih dalam Perjuangan untuk Penemuan". Adhicipta (M) Sdn Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara. Artwork/XHTML © 2006-2008 Troka Estate. [All Rights Reserved]

Wednesday, June 04, 2008

Resam dan Adat

Mungkinkah ada resam dan adat di budaya yang telah berubah?
Kita kini hanya menyebutnya
Tapi tak menurutinya
Katanya kuno, kolot belaka
Dan semuanya cerita dahulukala
Coba kita melihat baiknya
Tentu ada yang setuju
Resam kita telah diturunkan
Adat Melayu bersopan
Kini telah dilupakan
Manakah dia adat berjiran?
Manakah adat tetangga?
Kita semua asyik berkejaran
Kawan dan lawan sama sahaja

Nama Samar

Bunga-bunga yang menyerikan halaman yang ku baca
Mendalami aku ke suduh bahasa
Mencari maksudnya
Kau katakan kau inginkan kehidupan biasa
Tapi kau jadikan kerjaya mu yang luar biasa
Wahai si nama samar di mana kau lindung muka mu?
Kau lepaskan perasaan
Dan tidur dalam senyuman
Ku rasakan tua menaruh nasihat
Tapi sebenarnya kau tahu apa rahsia ku
Seandainya kita menyuarakan hati
Memohon kau tampilkan diri
Terangkan sendiri
Wahai si nama samar di mana kau lindung muka mu?
Ku ragui kelewatan mu
Yang tidur dalam senyum

Peribahasa

Malu bertanya sesat di jalanan
Cahaya, semoga kau mengerti
Hidup ini kau punya
Gunakan sempurna
Adakah udang di sebalik batu?
Harapkan pagar, ia makan padi
Hidup ini di dunia
Lakukan diredha
Mana intan permata ku
Kerana kaca pecah hancur menjadi debu
Nak, jadilah apa ku doakan

Bahasa (Akar-akar fikiran)

Ku rasa kelesuannya kini
Seribu tahun rela ku lena
Seribu mimpi akan ku mimpi
Seribu warna akan bersinar
Seorang tua menghampiri
Katanya "Kemana hala mu nak?
Jalannya bukan ke sana
Patahlah balik nak, patahlah balik"
Azan itu mengiring azam mu
Azam mu itu
Ku rasa kelesuannya kini
Rela ku lena, rela ku lena
Botol kaca pecah di jalan
Jangan disepak, jangan, jangan
Sama seperti kau memijaknya
Lihatlah diri mu, lihat, lihat
Kaca pecah di jalan dipijak jangan
Ku lihat seorang sahabat
Membawa seribu supai Hindhu
Ku lihat seorang demi seorang
Maju ke arah yang mengalah

Bahasa III

Seorang tua bertanya padanya
"Kemana perginya bahasa mu?"
Yang ku ingat hanyalah satu tandatanya
Mara merempuh bangsa tercinta
Diri ku bebas untuk memerhati
Yang gagah tewas
Semangat mati
Dia datang menghampiri
Dia membisik kata-kata yang indah
Diri yang diperkudakan
Lambat laun kan rebah dan musnah
Dan kau menyusuli segala
Mengakhiri satu bahasa
Kamu cuma dengar
Suara yang menyeru
Seorang tua dan bayi dalam kandungan mu
Adalah bahtera kehidupan

Bahasa II

Tubuh yang dingin menggigil
Hujan yang turun tempias
Basah tapi ku degil
"Memangnya ini belum dikias"
Bahasa seindah bahasa
Budi setulus budi
Bangsa sebenar bangsa
Seni sehalus seni
Robohlah Kota Melaka
Musnahlah Pantai Temasek
Pasrah tapi peka
Hatinya mudah terusik
Wira sejati wira
Hati semurni hati
Bangga tidak bongkak
Gagah tidak menunjuk
Tubuh basah yang dingin
Bahasa Melayu berubah
Hatta kata ditiup angin
Memangnya bahasa merubah

Bahasa I

Satu rumpun bangsa
Di sini Indonesia dan di sana Malaysia
Paradoks di jiwa yang tersita
Ilham membuka rahsia lama
Tak mungkin luput, hampir dilupa
Keagungan purba bangsa
Di sini memiliki, di sana mengiri
Datang melanda, memeras, menyedut
Kemegahan satu bangsa
Di sini berpisah, di sana bersatu
Memangnya barat begitu
Tamak haloba mengaburi dosa
Tanda tangan yang putih bertahta
Satu rumpun bangsa
Bahasa tak seindah kata
Semuanya baku ditelan masa
Tradisi - budaya
Revolusi - merubah
Tanah air ku, tanah air mu
Air membatasi tanah yang ku jejak
Yang ku punya
Atau adakah sebaliknya?
Tanah air ku
Bumi yang ku pijak
Bahasa mu hilang
Bangsa mu hilang
Tandus dan gersang dilanda binatang

Sunday, June 04, 2006

Coming in 2008

Postings will begin June 13, 2008